Feeds:
Posts
Comments

Cuti Pertengahan Penggal Kedua Persekolahan bermula pada 04.09.2010 sehingga 12.09.2010.

Sekolah telah mengambil Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti sempena Hari Raya Aidilfitri  yang dijangka disambut pada 10 dan 11.09.2010. Cuti berganti pada 15.09.2010 dan 17.09.2010 akan diganti pada 25.09.2010 dan 16.10.2010.

Sesi persekolahan akan bermula semula pada 20.09.2010 dan Peperiksaan Percubaan SPM bagi pelajar tingkatan 5 akan bermula pada 23.09.2010.

Seluruh warga SuTAS mengucapkan ” SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN”.

Go to fullsize image

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke 53 semalam, SuTAS telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat PMR 2010.

Majlis ini dikhaskan untuk pelajar tingkatan 3 yang bakal menghadapi PMR tidak lama lagi. Para pelajar dan guru mula memenuhi perkarangan sekolah sekitar jam 5.30 petang. Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran, diikuti dengan satu sesi Ceramah Pengisian Kerohanian.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran wakil PIBG.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana Majlis.

Program ini dikhususkan untuk pelajar tingkatan 3 yang terpilih dalam usaha untuk membantu mereka untuk memperoleh “straight A” dalam PMR 2010.

Satu lagi program yang dinamakan program GaLus pula dikhususkan untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 yang berada di “border line”. Program ini dirangka untuk membantu para pelajar terbabit untuk sekurang-kurangnya lulus semua matapelajaran dalam PMR nanti.

Di Dewan SuTAS sekarang sedang diadakan Peperiksaan Percubaan PMR bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Peperiksaan ini bermula hari ini, 16.08.2010 sehingga 23.08.2010.

Bagi pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 & 4 pula mereka akan menduduki ujian bulan Julai bermula pada 17.08.2010 sehingga 20.08.2010 dan bagi pelajar tingkatan 5, P & P berjalan seperti biasa.

Workshop yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini telah disertai oleh pelajar-pelajar 4 sc 1 dan 4 sc 2. Ianya adalah anjuran Schlumberger Ltd iaitu sebuah organisasi antarabangsa dalam sektor gas dan minyak.

Sepanjang tahun 2010, SuTAS adalah sekolah pertama di Malaysia yang telah dipilih untuk program SEED ini (Schlumberger Excellence in Education Program).

Workshop ini secara umumnya adalah untuk mendedahkan para pelajar secara lebih dekat lagi dengan dunia sains dan teknologi dan merupakan antara langkah untuk menjadikan SuTAS sebagai GLOBAL CITIZEN. Ianya berakhir sekitar jam 3.00 petang dengan majlis penyerahan 10 buah laptop kepada pihak sekolah.

Antara aktiviti yang di jalankan adalah:-

Career Talk

CemCRETE Demo

Kuiz

Water Testing

Student Presentation

Membina Menara ( meggunakan penyedut minuman)

10 buah laptop dari Schlumberger untuk SuTAS

KUIZ PERTOLONGAN CEMAS

RAPID SHOOTING

 

CANOPY WALKWAY

 

Program anjuran Unit Kokurikulum SuTAS ini akan diadakan pada 24.07.2010 hingga 25.07.2010 iaitu pada hari Sabtu hingga Ahad. Program yang julung kali dianjurkan ini melibatkan pelajar-pelajar unit beruniform bertujuan untuk menguji daya ketahanan mental dan fizikal serta memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta program.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah:

  • Meniti Titian Gantung
  • Ice breaking
  • Pertolongan Cemas
  • Tayangan Taman Negara 
  • BBQ
  • Rapid Shooting
  • Masakan Rimba

Perasmian penutup program ini akan dilakukan oleh YDP PIBG SuTAS iaitu Tn. Hj. Abd. Wahab Awang.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.