Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2010

Bertempat di Bilik Rawatan SuTAS, telah dijalankan satu program yang di namakan sebagai “Incremental Care” yang membolehkan semua pelajar SuTAS mendapat rawatan dan pemeriksaan gigi.

Program yang bermula pada 12.01.2010 hingga 22.02.2010 ini telah dikendalikan oleh petugas kesihatan dari Klinik Pergigian Selayang Baru. 

Sebagai penutup untuk program ini, telah diadakan satu Ceramah Kesihatan yang bertempat di Dewan SuTAS. Ceramah ini telah dihadiri oleh pelajar tingkatan 1 dan dikendalikan oleh Dr. Rusman Adlan.

Advertisements

Read Full Post »

AKTIVITI / PERJUMPAAN DENGAN SEMUA AHLI PERSATUAN

  • Minggu : 1 & 3
  • Hari : Isnin – Jumaat
  • Tindakan : Guru Persatuan, Guru Kelab, S/U Persatuan & Kelab ( En. Kamarul Azli Rosili )

AKTIVITI / PERJUMPAAN DENGAN SEMUA AHLI SUKAN & PERMAINAN

  • Minggu : 2 & 4
  • Hari : Isnin – Jumaat
  • Tindakan : Guru Sukan & Permainan, S/U Sukan & Permainan ( En. Khairulizham Ramli )

AKTIVITI / PERJUMPAAN SEMUA AHLI UNIT BERUNIFORM

  • Minggu : 2 & 4
  • Hari : Sabtu ( Sesi Pagi & Petang )
  • Tindakan : Guru Unit Beruniform, S/U Unit Beruniform ( Pn. Haslida Hassan )

 

Read Full Post »

Latihan rumah sukan telah  bermula pada hari ini di mana pelajar sesi petang telah memulakan latihan pada jam 8.00 pagi, manakala bagi pelajar sesi pagi pula, mereka akan memulakan latihan pada jam 3.30 petang.

Jadual Latihan Rumah Sukan 2010:

Selasa : Rumah Biru & Hijau

Rabu : Rumah Ungu & Merah

Khamis : Rumah Kuning

Read Full Post »

Pada hari ini, bertarikh 01.02.2010 telah diadakan Majlis Perlantikan Pemimpin Murid SMK Sungai Kertas.

Majlis yang bermula sekitar jam 7.30 pg ini telah dirasmikan oleh Pengetua SuTAS, En. Arbain b. Pinni.

Seramai 83 orang pemimpin murid telah di lantik dengan di terajui oleh 10 orang exco.

Tentatif majlis

7.30 : Pelajar2 dan guru2 mengambil tempat masing2.

7.45 : Majlis bermula dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri selangor dan lagu sekolah.

8.00 : Ucapan perasmian oleh tuan pengetua diikuti dengan penyerahan watikah perlantikan dan ikrar pengawas.

8.30 : Majlis bersurai.

Read Full Post »

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 15 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad, 31.01.2010, bertempat di Dewan SMK Sungai Kertas.

Bermula pada jam 8.30 pg, mesyuarat ini telah di hadiri oleh para ibubapa dan warga pendidik SuTAS. 

Terima kasih di atas kehadiran dan komitmen yang di berikan.

Read Full Post »