Feeds:
Posts
Comments

Archive for April, 2010

SEKOLAH GANTI

SuTAS akan mengadakan sekolah ganti pada 24.04.2010 (sabtu) sebagai ganti untuk cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang. Jadual persekolahan adalah mengikut jadual  hari Isnin.

Pada hari itu juga akan diadakan Hari Anugerah Akademik Cemerlang 2010. Hari anugerah ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang berjaya dalam bidang akademik sepanjang tahun 2009.

Advertisements

Read Full Post »

Kejohanan ragbi MSSD Gombak akan berlangsung bermula pada 21.04.2010 hingga 22.04.2010. SuTAS telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah untuk kejohanan kali ini.

Sebanyak 11 buah sekolah akan menyertai kejohanan bawah 12 & 18 tahun ini yang mana perasmian penutupnya akan disempurnakan oleh Pn. Dayang Fatimah bt. Abang Narudin, Pegawai Pelajaran Daerah Gombak.

Berikut adalah senarai sekolah yang mengambil bahagian:-

  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (SBPIG)
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang ( SBPIR)
  • SMK Bukit Indah (SMKBI)
  • SMK Sungai Kertas (SUTAS)
  • SMK Selayang Baru (SEBAR)
  • SMT Sungai Buloh (SMTS)
  • SMT Gombak (SMTG)
  • SMK Bandar Baru Sungai Buloh (BBSB)
  • SMK Lembah Keramat (SMKLK)
  • SMK Taman Ehsan (SMTE)
  • SMK Seri Keramat (SMSK)

Read Full Post »

Pada 18.04.2010 pasukan kompang formasi SuTAs telah dijemput untuk mengadakan persembahan sempena perasmian Defence Services Asia (DSA) 2010 yang bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

DSA 2010 merupakan salah satu pameran keselamatan terbesar di Asia, berpusat di Putra World Trade Centre (PWTC) dari 19 hingga 22 April 2010.

Read Full Post »

KURSUS PEMBANGUNAN STAFF

Kursus ini telah di jalankan pada 17.04.2010 ( sabtu ) dengan di sertai oleh seramai 20 orang guru yang telah di pilih oleh pihak UBK sekolah.

Kursus yang bertempat di makmal komputer sekolah ini adalah bertujuan untuk mendedahkan guru-guru dengan penggunaan aplikasi Microsoft Excel.

Di harapkan para guru tidak lupa untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sepanjang kursus tersebut.

Read Full Post »

Pada mingggu lepas telah diadakan Grammar Xcellent Workshop @ Easy BI yang telah disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 3.

Tarikh : 10.04.2010 hingga 11.4.2010

Hari : Sabtu hingga Ahad

Masa : 8.30am hingga 1.30pm

Tempat : Dewan SuTAS 

Penceramah : En. Bistaman Yahya dari Bistaman Training and Consultancy.

Read Full Post »