Feeds:
Posts
Comments

Archive for May, 2010

 

Ujian pertengahan tahun bermula pada 18.05.2010 bagi pelajar-pelajar tingkatan 4 & 5 manakala bagi pelajar-pelajar tingkatan 1,2 & 3 pula akan bermula pada 27.05.2010. Semua pelajar akan menamatkan ujian pertengahan tahun ini pada 04.06.2010.

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan jadual ujian pertengahan tahun 2010.

Jadual Ujian Pertengahan Tahun 2010 (sesi pagi)

Jadual Ujian Pertengahan Tahun 2010 (sesi petang)

 

 

Advertisements

Read Full Post »

POSTER SUTAS

Kerjasama seluruh warga SuTAS adalah dituntut untuk mengundi poster-poster yang dilampirkan di bawah.         

   

 

  

3 poster yang mendapat undian tertinggi akan dijadikan penghias dinding blok-blok SuTAS.

Untuk mengundi, sila ke page ” Poster SuTAS “ di bahagian header portal ini.

Read Full Post »

2 orang guru dan 8 orang pelajar SuTAS telah terpilih untuk menyertai Kejohanan Softball MSSN Selangor yang bermula pada 10.5.2010 sehingga 13.05.2010, bertempat di SMK Alam Megah, Petaling Perdana.

Senarai Pegawai ( SuTAS)

  1. En. Roslan Jaafar
  2. En. Mohd. Shabul Fadilah Abd. Wahab 

Senarai Pemain Bawah 18 Tahun (SuTAS)

  1. Mohd. Hanif Isa
  2. Mohd. Farez Abd. Halim
  3. Mohd. Irwan Zakry Azmi
  4. Mohd. Azrul Fakry Rapizal
  5. Nurhayati Halim
  6. Nur Aqila Kamal-Bahrom
  7. Diana Kasman
  8. Noor Atikah Abd. Razak 

Read Full Post »

Seorang pelajar SuTAS, Sunika Suwandi telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Bola Jaring MSSS 2010 yang berlangsung pada 11.05.2010 hingga 13.05.2010 bertempat di Kompleks Rakan Muda Puchong.

Tahniah dan semoga berjaya.

Read Full Post »

Serentak di semua sekolah seluruh Malaysia, pada 15.05.2010, Sabtu bermula jam 8.30 pagi akan diadakan aktiviti Gotong Royong Perdana sepertimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Induk Hari Guru 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia.

Gotong Royong Perdana ini akan melibatkan semua guru SuTAS, ibubapa dan pelajar-pelajar tingkatan 1,2 & 4. Bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 & 5 pula, kelas Operasi Gemilang berjalan seperti biasa.

Read Full Post »

Perayaan Hari Guru di sambut pada 16.05 setiap tahun. Di SuTAS, majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada hari Isnin,17.05.2010. Pada hari tersebut sekolah dijalankan dalam 1 sesi sahaja. Pelajar dan guru sesi petang diminta hadir pada sesi pagi untuk bersama-sama menjayakan majlis sambutan pada tahun ini.

Badan pengawas SuTAS yang diketuai oleh Ketua Pengawas, Ahmad Farid b. Yahaya  telah ditugaskan untuk merancang dan menyusun semua aktiviti pada hari tersebut. Antara aktiviti yang di rancang adalah nyanyian,tarian & sukaneka yang akan disertai oleh seluruh warga SuTAS.

Read Full Post »

Pada hari sabtu 24.04.2010 bertempat di Dewan SuTAs telah diadakan Hari Anugerah Akademik Cemerlang 2010. Majlis ini telah di rasmikan oleh Yang DiPertua PIBG SuTAS iaitu Tuan Haji Abdul Wahab b. Awang. 

Majlis yang berakhir pada pukul 12 tengahari ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang berjaya dalam bidang akademik sepanjang 2009.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Induk &  AJK Pelaksana majlis.

Aturcara Majlis

8.30 am : Pendaftaran ibu bapa dan guru

8.45 am : Ketibaan tetamu

9.15 am : Bacaan doa

9.25 am : Ucapan alu-aluan oleh pengetua SuTAS, Tn. Hj. Arbain b. Pinni

9.45 am : Ucapan YDP PIBG , Tn.Hj. Abdul Wahab b. Awang

10.05 am : Ucapan Pelajar Cemerlang

10.30 am : Persembahan Pelajar

10.50 am : Penyampaian Anugerah Akademik Cemerlang

11.30 am : Penyampaian Cenderahati

Read Full Post »