Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2010

Kempen derma buku ini adalah bersempena dengan Minggu Kurikulum SuTAS. Ianya adalah anjuran Pusat Sumber Sekolah (PSS) SuTAS bertujuan untuk menambah dan memperbanyakkan lagi koleksi buku-buku di PSS. Adalah diharapkan agar seluruh warga SuTAS sudi menghulurkan sumbangan masing-masing. Setiap penyumbang buku akan di berikan cenderahati sebagai tanda penghargaan.

Selain kempen derma buku, beberapa aktiviti lain turut dijalankan sempena Minggu Kurikulum ini. Antaranya adalah:

  • Teka silangkata Geografi, Ekonomi Asas, B. Arab.
  • Pertandingan Menjahit Manik.
  • Pertandingan Memasang Litar.
  • Kuiz Sains.
  • Jumble Trouble PD / Kuiz ERT.
  • Pertandingan Azan.
  • Kuiz English Literature.
  • Math Explorace.
  • Pertandingan Jawi.
Advertisements

Read Full Post »

Perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula di sambut sejak 1995 dan tahun ini merupakan tahun ke-5 HKS di sambut di peringkat sekolah.

HKS pada tahun ini adalah bertemakan Kreativiti dan Inovasi Memperkasakan Koperasi Sekolah dan di SuTAS, ianya di sambut bermula 27.06.2010 sehingga 03.07.2010.

Antara aktiviti yang akan di jalankan termasuklah kursus membuat kek & roti, pertandingan teka guli dalam balang dan kursus membuat kerusi batu.

HKS ini akan berjalan serentak dengan Minggu Kurikulum dan Kempen Menderma Buku.

Read Full Post »

Persatuan Pandu Puteri daerah Gombak akan mengadakan Program SukanRia Persatuan Pandu Puteri 2010 pada 23.06.2010 dan SuTAS telah dipilih untuk menjadi tuanrumah bagi program berkenaaan.

Sebanyak 21 buah sekolah menengah dan rendah sekitar Gombak telah mengesahkan penyertaan masing-masing.

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan aturcara program dan senarai sekolah yang menyertai program ini.

Program SukanRia Persatuan Pandu Puteri 2010

Read Full Post »

SuTAS baru-baru ini telah dikunjungi oleh Tn. Hj. Abd. Rahim Kamaruddin, Penyelaras Parlimen Gombak yang telah menyampaikan sumbangan kepada pihak sekolah. Turut hadir ialah YDP PIBG SuTAS, Tn. Hj. Abd. Wahab Awang.

Jutaan terima kasih daripada seluruh warga SuTAS di atas sumbangan yang telah di berikan.

Read Full Post »

Jambori anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ini akan diadakan pada tarikh, dan tempat seperti yang berikut:

  • Tarikh: 08.06.2010 hingga 12.06.2010
  • Tempat: Pagaruyung, Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia.

Pelajar SuTAS yang terpilih adalah:

  • Nurul Atikah Ramli ( 2C )
  • Suzana Suwandi ( 4 EK 2 )

Read Full Post »