Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2010

Program ini dikhususkan untuk pelajar tingkatan 3 yang terpilih dalam usaha untuk membantu mereka untuk memperoleh “straight A” dalam PMR 2010.

Satu lagi program yang dinamakan program GaLus pula dikhususkan untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 yang berada di “border line”. Program ini dirangka untuk membantu para pelajar terbabit untuk sekurang-kurangnya lulus semua matapelajaran dalam PMR nanti.

Read Full Post »

Di Dewan SuTAS sekarang sedang diadakan Peperiksaan Percubaan PMR bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Peperiksaan ini bermula hari ini, 16.08.2010 sehingga 23.08.2010.

Bagi pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 & 4 pula mereka akan menduduki ujian bulan Julai bermula pada 17.08.2010 sehingga 20.08.2010 dan bagi pelajar tingkatan 5, P & P berjalan seperti biasa.

Read Full Post »

Workshop yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini telah disertai oleh pelajar-pelajar 4 sc 1 dan 4 sc 2. Ianya adalah anjuran Schlumberger Ltd iaitu sebuah organisasi antarabangsa dalam sektor gas dan minyak.

Sepanjang tahun 2010, SuTAS adalah sekolah pertama di Malaysia yang telah dipilih untuk program SEED ini (Schlumberger Excellence in Education Program).

Workshop ini secara umumnya adalah untuk mendedahkan para pelajar secara lebih dekat lagi dengan dunia sains dan teknologi dan merupakan antara langkah untuk menjadikan SuTAS sebagai GLOBAL CITIZEN. Ianya berakhir sekitar jam 3.00 petang dengan majlis penyerahan 10 buah laptop kepada pihak sekolah.

Antara aktiviti yang di jalankan adalah:-

Career Talk

CemCRETE Demo

Kuiz

Water Testing

Student Presentation

Membina Menara ( meggunakan penyedut minuman)

10 buah laptop dari Schlumberger untuk SuTAS

Read Full Post »