Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2010

231010

Seperti yang dirancang, SuTAS Alumni HomeComing Night telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis yang bermula sekitar jam 8.30 malam dimulai dengan persembahan gamelan oleh barisan pelajar dan guru-guru SuTAS diikuti dengan tayangan slideshow. Kemudian ianya disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh YDP PIBG SuTAS iaitu Tn. Hj. Abd. Wahab Awang dan ucapan alu-aluan oleh Pengetua SuTAS, Tn. Hj. Arbain Pinni. Sambil menjamu selera tetamu di hiburkan dengan persembahan kompang formasi, nyanyian, tarian dan persembahan liveband.

Majlis juga diselitkan dengan acara cabutan bertuah dan pemilihan King & Queen of The Night. 

Read Full Post »

SELAMAT DATANG

Seluruh warga SuTAS mengucapkan selamat datang & selamat bergembira di ‘Majlis SuTAS Alumni HomeComing Night’ pada malam ini.

Antara persiapan sebelum majlis..

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Read Full Post »

Tahniah diucapkan kepada para pelajar tingkatan 3 yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan PMR 2010 dengan jayanya.

Pihak sekolah seperti tahun-tahun sebelumnya telah merangka program dan pelbagai aktiviti untuk para pelajar terbabit. Para pelajar diminta mengikuti dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang telah dirangka khusus untuk mereka.

Jadual Aktiviti Selepas PMR 2010

Read Full Post »

Peperiksaan akhir tahun telah bermula pada 14.10.2010 dan berakhir pada 02.11.2010 bagi pelajar tingkatan 4. Bagi pelajar tingkatan 1 & 2 pula, mereka akan memulakan peperiksaan akhir tahun pada 22.10.2010 sehingga 29.10.2010.

Selamat menduduki peperiksaan & selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar.

Read Full Post »