Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘pelbagai’ Category

Pada 23.03.2010, bertempat di makmal komputer SuTAS telah diadakan satu kursus berhubung format, bahasa dan penulisan minit mesyuarat yang baik. Kursus ini telah dikendalikan oleh wakil daripada pihak ANGKASA (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad) iaitu En. Hasnol Amri b. Abu Yazid.

Seramai 50 orang pelajar SuTAS yang terdiri daripada ahli koperasi telah menyertai kursus tersebut yang bermula pada pukul 9.00 am dan berakhir pada pukul 2.00 pm.

Aturcara kursus:-

7.45am-8.30am : Pendaftaran / sarapan

8.30am-9.00am : Aktiviti Suai Kenal ( Sesi 1 )

9.00am-10.40am : Aktiviti 3S Dalam Mesyuarat ( Sesi 2 )

10.40am-10.50am : Rehat / Kudapan

10.50am-11.30am : Ceramah Format dan Bahasa Minit Mesyuarat Yang Baik ( Sesi 3 )

11.30am-1.10pm : Bengkel Penulisan Minit Mesyuarat ( Sesi 4 )

1.10pm-200pm : Makan Tengahari / Bersurai

        

Read Full Post »

Bengkel yang berjalan selama 3 hari ini telah bermula pada 17.03.2010 dan disertai oleh seramai 71 orang pemimpin pelajar SuTAS sesi pagi. Ianya telah di kendalikan sendiri oleh Pengetua SuTAS iaitu Tn. Hj. Arbain bin Pinni.

Objektif program adalah untuk melonjakkan peranan berkesan pengawas dan memberi sokongan berkesan kepada iltizam Tekad 2015 SuTAS.

Antara aktiviti yang telah diadakan adalah termasuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK), refleksi dan role-play. Hasilnya, peserta bengkel berjaya menguasai 3S (senyum, salam , sapa), QR (quick response) dan meningkatkan penampilan diri.   

  

Read Full Post »

Kejohanan SukanTara akan bermula pada 02.03.2010. Ianya bakal disertai oleh semua pelajar SuTAS yang bertujuan untuk mengumpul mata bagi setiap rumah sukan sebelum berlangsungnya acara sukan tahunan.

Acara-acara yang dipertandingkan adalah:-

  • Lumba Lari (100m)
  • Lontar Peluru
  • Lompat Jauh

Jadual Kejohanan:-

  • Tarikh : 2,3 dan 4 Mac (sesi pagi) & 3,4 Mac (sesi petang)
  • Hari : Selasa, Rabu dan Khamis (sesi pagi) & Rabu dan Khamis (sesi petang)
  • Masa : 8.00am hingga 11.00am (sesi pagi) & 4.00pm hingga 6.00pm (sesi petang)

 

Read Full Post »

Program yang dijalankan pada 23.02.2010 ini  melibatkan seramai 25 orang pelajar UIAM dan 15 orang pelajar SuTAS.

Program di bawah kelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling SuTAS dengan kerjasama pelajar Bachelor Pendidikan Bimbingan & Kaunseling UIAM ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar terlibat berhubung proses mengenali diri dan potensi masing-masing.

Diharapkan program selama sehari ini mampu memberi input kepada pelajar terbabit.

  

Read Full Post »

ROAD RUN ’10

Seperti yang di jadualkan, road run ’10 telah berlangsung dengan jayanya pada 24/1/2010 bermula jam 0800 pagi.Semua pelajar SuTAS telah berjaya menamatkan larian sejauh 5km tersebut.Berikut adalah nama-nama pemenang untuk setiap katogeri:

P1 ( ting.3,4,5 ) : Roslinda Bt. Jupri

P2 ( ting.1,2 ) : Shainini Bt. Awaluddin

L1 ( ting.3,4,5 ) : Aminuddin B. Adnan

L2 ( ting.1,2 ) : Muhammad Fitri B. Ramzaini

Acara berakhir sekitar jam 11 pagi.Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang.

Terima kasih kepada semua warga SuTAS yang telah terlibat dalam menjayakan road run pada kali ini. Terima kasih juga kepada para ibubapa yang turut menyokong aktiviti tahunan ini.

Read Full Post »

WELCOME TO SMK SUNGAI KERTAS

Selamat datang ke portal rasmi SMK Sungai Kertas atau lebih dikenali sebagai SuTAS.

Read Full Post »