Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘pengumuman’ Category

Kursus dibawah Program Sahabat UNISEL ini adalah kendalian sepenuhnya oleh pihak UNISEL yang akan dijalankan di Universiti berkenaan bermula April – Oktober 2010 iaitu sebanyak 3 fasa.

Kursus ini terbuka kepada 40 orang pelajar : 25-Lelaki & 15-Perempuan.

Kepada yang berminat sila hubungi Unit Bimbingan & Kaunseling ( UBK ) SuTAS untuk maklumat lanjut.

Advertisements

Read Full Post »

Tabung Haji menawarkan kursus persediaan PMR untuk pelajar tingkatan 3 SuTAS. Kursus ini adalah terbuka kepada 40 orang pelajar sahaja dan syarat untuk menyertai kursus ini adalah- pelajar mestilah merupakan pemegang akaun Tabung Haji.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Unit Bimbingan & Kaunseling ( UBK ) SuTAS.

Read Full Post »

Antara aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang Mac ini di SuTAS adalah:-

  • SukanTara
  • Sambutan Maulidur Rasul
  • Ujian Bulan Mac
  • Grammar Excellent Workshop
  • Seminar Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan PMR

Read Full Post »

Bertempat di Bilik Rawatan SuTAS, telah dijalankan satu program yang di namakan sebagai “Incremental Care” yang membolehkan semua pelajar SuTAS mendapat rawatan dan pemeriksaan gigi.

Program yang bermula pada 12.01.2010 hingga 22.02.2010 ini telah dikendalikan oleh petugas kesihatan dari Klinik Pergigian Selayang Baru. 

Sebagai penutup untuk program ini, telah diadakan satu Ceramah Kesihatan yang bertempat di Dewan SuTAS. Ceramah ini telah dihadiri oleh pelajar tingkatan 1 dan dikendalikan oleh Dr. Rusman Adlan.

Read Full Post »

AKTIVITI / PERJUMPAAN DENGAN SEMUA AHLI PERSATUAN

  • Minggu : 1 & 3
  • Hari : Isnin – Jumaat
  • Tindakan : Guru Persatuan, Guru Kelab, S/U Persatuan & Kelab ( En. Kamarul Azli Rosili )

AKTIVITI / PERJUMPAAN DENGAN SEMUA AHLI SUKAN & PERMAINAN

  • Minggu : 2 & 4
  • Hari : Isnin – Jumaat
  • Tindakan : Guru Sukan & Permainan, S/U Sukan & Permainan ( En. Khairulizham Ramli )

AKTIVITI / PERJUMPAAN SEMUA AHLI UNIT BERUNIFORM

  • Minggu : 2 & 4
  • Hari : Sabtu ( Sesi Pagi & Petang )
  • Tindakan : Guru Unit Beruniform, S/U Unit Beruniform ( Pn. Haslida Hassan )

 

Read Full Post »

Latihan rumah sukan telah  bermula pada hari ini di mana pelajar sesi petang telah memulakan latihan pada jam 8.00 pagi, manakala bagi pelajar sesi pagi pula, mereka akan memulakan latihan pada jam 3.30 petang.

Jadual Latihan Rumah Sukan 2010:

Selasa : Rumah Biru & Hijau

Rabu : Rumah Ungu & Merah

Khamis : Rumah Kuning

Read Full Post »

Pada hari ini, bertarikh 01.02.2010 telah diadakan Majlis Perlantikan Pemimpin Murid SMK Sungai Kertas.

Majlis yang bermula sekitar jam 7.30 pg ini telah dirasmikan oleh Pengetua SuTAS, En. Arbain b. Pinni.

Seramai 83 orang pemimpin murid telah di lantik dengan di terajui oleh 10 orang exco.

Tentatif majlis

7.30 : Pelajar2 dan guru2 mengambil tempat masing2.

7.45 : Majlis bermula dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri selangor dan lagu sekolah.

8.00 : Ucapan perasmian oleh tuan pengetua diikuti dengan penyerahan watikah perlantikan dan ikrar pengawas.

8.30 : Majlis bersurai.

Read Full Post »

Older Posts »