Feeds:
Posts
Comments

Kepada pelajar SPM 2010 SuTAS, keputusan SPM akan diumumkan pada 23 Mac 2011. Keputusan hanya boleh diperolehi di sekolah selepas jam 10.30 pagi. Sehubungan dengan itu, pelajar digalakkan untuk hadir ke sekolah selepas jam 10.30 pagi.

Beberapa peraturan yang perlu dipatuhi adalah:

  1. berpakaian kemas dan sopan (menutup aurat).
  2. penampilan perlu bersesuaian dengan imej sebagai seorang pelajar.
  3. segala bayaran yang tertunggak perlu dijelaskan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan untuk mendapatkan keputusan.

Pelajar yang tidak mematuhi peraturan diatas tidak akan diberi slip keputusan.

Sekian, dimaklumkan.

Selamat datang diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 yang menjalani Hari Orientasi pada hari ini, khamis 30.12.2010 bertempat di Dewan SuTAS dan selamat kembali ke sekolah buat para pelajar SuTAS yang akan memulakan sesi persekolahan 2011 pada 03.01.2011.

Perkhemahan selama 2 hari 1 malam ini adalah merupakan 1 program kendalian SEED ( Schlumberger Excellence In Education Development) yang telah diadakan pada 14.12.2010 hingga 15.12.2010.

Selain daripada pelajar-pelajar SuTAS, KEN yang bertempat di Petrosains, KLCC ini turut disertai oleh pelajar-pelajar tahun 6 dari SK Kemaman, Terengganu.

Antara aktiviti sepanjang perkhemahan ini termasuklah lawatan ke Skybrigde KLCC, science show, platform challenge, sedimentary sandwich, water war game dan lawatan ke FRIM. 

  

Lawatan ke Skybridge, KLCC

Science Show & Sedimentary Sandwich

Platform Challenge

Water War Game

Lawatan ke FRIM

Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada perkhemahan ini dan terima kasih kepada pihak penganjur (SEED) untuk 1 program dan pengalaman yang menarik.

Semakan tawaran ke Sek.Men.Vokasional dan Teknik tahun 2011 telah dibuka bermula 01.12.2010. Semakan boleh di buat di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my

 

Tarikh: 13.11.2010

Masa : 2.00pm hingga 5.00pm

Tempat : Sekinchan Ikan Bakar, Sri Gombak

Tarikh : 15.11.2010 & 16.11.2010

Hari : Isnin & Selasa

Masa : 8.00am – 1.00pm

 

Tentatif program

 

Persiapan sebelum sukan

 

 

 

01.11.2010 dan 02.11.2010 adalah merupakan hari pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2011.

Proses pendaftaran yang dijalankan di Dewan SuTAS telah berjalan dengan lancarnya bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang bertugas dan para pelajar yang banyak membantu sepanjang 2 hari tersebut.

231010

Seperti yang dirancang, SuTAS Alumni HomeComing Night telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis yang bermula sekitar jam 8.30 malam dimulai dengan persembahan gamelan oleh barisan pelajar dan guru-guru SuTAS diikuti dengan tayangan slideshow. Kemudian ianya disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh YDP PIBG SuTAS iaitu Tn. Hj. Abd. Wahab Awang dan ucapan alu-aluan oleh Pengetua SuTAS, Tn. Hj. Arbain Pinni. Sambil menjamu selera tetamu di hiburkan dengan persembahan kompang formasi, nyanyian, tarian dan persembahan liveband.

Majlis juga diselitkan dengan acara cabutan bertuah dan pemilihan King & Queen of The Night. 

SELAMAT DATANG

Seluruh warga SuTAS mengucapkan selamat datang & selamat bergembira di ‘Majlis SuTAS Alumni HomeComing Night’ pada malam ini.

Antara persiapan sebelum majlis..

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.