Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2010

Kursus dibawah Program Sahabat UNISEL ini adalah kendalian sepenuhnya oleh pihak UNISEL yang akan dijalankan di Universiti berkenaan bermula April – Oktober 2010 iaitu sebanyak 3 fasa.

Kursus ini terbuka kepada 40 orang pelajar : 25-Lelaki & 15-Perempuan.

Kepada yang berminat sila hubungi Unit Bimbingan & Kaunseling ( UBK ) SuTAS untuk maklumat lanjut.

Read Full Post »

Tabung Haji menawarkan kursus persediaan PMR untuk pelajar tingkatan 3 SuTAS. Kursus ini adalah terbuka kepada 40 orang pelajar sahaja dan syarat untuk menyertai kursus ini adalah- pelajar mestilah merupakan pemegang akaun Tabung Haji.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Unit Bimbingan & Kaunseling ( UBK ) SuTAS.

Read Full Post »

Pada 23.03.2010, bertempat di makmal komputer SuTAS telah diadakan satu kursus berhubung format, bahasa dan penulisan minit mesyuarat yang baik. Kursus ini telah dikendalikan oleh wakil daripada pihak ANGKASA (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad) iaitu En. Hasnol Amri b. Abu Yazid.

Seramai 50 orang pelajar SuTAS yang terdiri daripada ahli koperasi telah menyertai kursus tersebut yang bermula pada pukul 9.00 am dan berakhir pada pukul 2.00 pm.

Aturcara kursus:-

7.45am-8.30am : Pendaftaran / sarapan

8.30am-9.00am : Aktiviti Suai Kenal ( Sesi 1 )

9.00am-10.40am : Aktiviti 3S Dalam Mesyuarat ( Sesi 2 )

10.40am-10.50am : Rehat / Kudapan

10.50am-11.30am : Ceramah Format dan Bahasa Minit Mesyuarat Yang Baik ( Sesi 3 )

11.30am-1.10pm : Bengkel Penulisan Minit Mesyuarat ( Sesi 4 )

1.10pm-200pm : Makan Tengahari / Bersurai

        

Read Full Post »

Bengkel yang berjalan selama 3 hari ini telah bermula pada 17.03.2010 dan disertai oleh seramai 71 orang pemimpin pelajar SuTAS sesi pagi. Ianya telah di kendalikan sendiri oleh Pengetua SuTAS iaitu Tn. Hj. Arbain bin Pinni.

Objektif program adalah untuk melonjakkan peranan berkesan pengawas dan memberi sokongan berkesan kepada iltizam Tekad 2015 SuTAS.

Antara aktiviti yang telah diadakan adalah termasuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK), refleksi dan role-play. Hasilnya, peserta bengkel berjaya menguasai 3S (senyum, salam , sapa), QR (quick response) dan meningkatkan penampilan diri.   

  

Read Full Post »

SPM 2009

Seperti yang diketahui umum, keputusan peperiksaan SPM 2009 telah diumumkan pada 11.03.2010 ( khamis ).   

Sedikit gambaran pada hari tersebut..

 

Senarai Top 5 SPM 2009 SuTAS

  • Noratikah Mohtar ~8A~
  • Bahrudddin Marwan ~6A~
  • Mohamad Nor Syazwan ~6A~
  • Elfina Azwar ~6A~
  • Noraini Osman ~6A~

Klik untuk Senarai Penerima Anugerah SPM 2009.

Sekalung tahniah daripada seluruh warga SuTAS.

Read Full Post »

Bagi pelajar tingkatan 4 & 5 , ujian bulan Mac akan bermula pada 09.03.2010 manakala bagi pelajar tingkatan 1, 2 & 3 pula, mereka akan menduduki ujian ini bermula 10.03.2010.

Selamat menduduki ujian dan selamat berjaya diucapkan kepada semua pelajar.

Read Full Post »

Esok, 05.03.2010 di SuTAS akan diadakan majlis sambutan hari Maulidur Rasul peringkat sekolah. Antara acara yang telah diatur adalah termasuk perarakan dan ceramah Maulidur Rasul.

Tentatif program

  • Perhimpunan pagi
  • Perarakan
  • Ceramah
  • Penyampaian cenderahati & hadiah

 

 

                                                                         

 

                              

                                                                                                                 

 

     

Read Full Post »

Antara aksi-aksi pelajar SuTAS sepanjang berlangsungnya Kejohanan Sukan Tara.

   

   

        

    

Read Full Post »

Kejohanan SukanTara akan bermula pada 02.03.2010. Ianya bakal disertai oleh semua pelajar SuTAS yang bertujuan untuk mengumpul mata bagi setiap rumah sukan sebelum berlangsungnya acara sukan tahunan.

Acara-acara yang dipertandingkan adalah:-

  • Lumba Lari (100m)
  • Lontar Peluru
  • Lompat Jauh

Jadual Kejohanan:-

  • Tarikh : 2,3 dan 4 Mac (sesi pagi) & 3,4 Mac (sesi petang)
  • Hari : Selasa, Rabu dan Khamis (sesi pagi) & Rabu dan Khamis (sesi petang)
  • Masa : 8.00am hingga 11.00am (sesi pagi) & 4.00pm hingga 6.00pm (sesi petang)

 

Read Full Post »

Antara aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang Mac ini di SuTAS adalah:-

  • SukanTara
  • Sambutan Maulidur Rasul
  • Ujian Bulan Mac
  • Grammar Excellent Workshop
  • Seminar Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan PMR

Read Full Post »

Older Posts »